deplayer

Mama Cuba Masak

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Wednesday, August 5, 2009

Makan Besar


Wah..bertuah nyer dapat makan besar semalam. Perut pun dah lapar masing2. Lebih2 lagi makan masakan kampung. Tempat Sultan Pahang makan tahun 2002. Memang ramai suke makan kat cni..tapi nama tempat tak ingat la. Maklum la bukan orang Pahang. Yang paling penting klu duk temerloh ni semestinya kna ada patin masak tempoyak. Menu lain, ikan masak taucu, Sotong masak kicap, Pucuk paku masak gulai, ulam2an dan tempoyak dgn cilipadi. Ada menu tambahan tu, rambutan gading. Air plak, teh o ais dgn sirap limau. Selesa dapt minum sirap. Maklum la penat melawat 'site'. Semua ni daripada KL. Jadi saji la makanan masakan orang Temerloh. Tengok masing2 makan menyelerakan. Memang kena la dengan selera diorg nampaknya. Tak rugi makan kat ctu.

Thursday, February 19, 2009

Acar Ikan Tenggiri



Bahan
2 keping ikan tenggiri/boleh digantikan dengan ikan masin (dibelah 6)
3 biji bawang besar (dibelah 4)
4 ulas bawang putih (belah 2)
4 biji cili padi (dihirs 2)
1 inci halia (dihiris)
3 sudu besar cili kering (yang telah dikisar)
2 sudu cuka
1 sudu serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara
1. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit & garam. Goreng ikan tenggriri sehingga garing. Kenudian diasingkan.
2. Gunakan minyak tadi, tumis cili kering sehingga pecah minyak.
3. Selepas itu, masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan pula cili padi, bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau hingga naik bau.
5. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi dan cuka. Kacau sehingga sebati.
6. Angkat dan sedia dihidang.
Blog Widget by LinkWithin