deplayer

Mama Cuba Masak

Wednesday, October 14, 2009

Lego!! Nabi Muhammad???

Sesuatu perkara yang mungkin kita pernah dengar, nampak, baca atau miliki. Namun dimana silapnya sehingga ke hari ini belum ada pihak tertentu mahupun parti politik yang berjuang berlandaskan ISLAM bangkit menentang kebiadaban SYARIKAT LEGO ini. Berbekalkan kebiadaban ini, maka pusat permainan dan taman tema LEGO akan dibina di kawasan Iskandar Malaysia sedikit masa lagi... apa sudah jadi????

Ni antara email yang pernah di Forwardkan oleh rakan-rakan yahoo suatu ketika dahulu... baca la yer. Boikot, jangan tak boi kot demi ke sucian Agama Islam dan Nabi kita Muhamad S.A.W. Barang sesiapa yang ada connection dengan Kementerian Perdangangan, minta usakan untuk menyekat Barangan Lego diimport dan dijual di negara kita Malaysia . Kalau boleh sebarkan ke negara islam selurih dunia untuk menyekat sikap biadab ini.

Kawan-kawan sekelian,

ni lah satu-satu contoh msg yang seharusnya kita ' on the spot 'forward kat kat saudara-saudara se muslim kita. Ia nya tidak mengandungi unsur-unsur fitnah untuk menjatuhkan sebarang individu atau sesuatu organasasi.

Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark terhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seorang manusia yang termulia, diberi kitab termulia, dalam bahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi. Benarlah Kalamullah ' wa lan tar dha ankal yahudu wa laan nasaara hatta attabia millahum '

!!!STOP BUYING LEGO PRODUCT!!!

refer to the latest lego collection recently launched in denmark , i wish we could start thinking about that. Please inform our malaysian muslim to top buying and boycott all lego products. Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.
Betulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T

Tuesday, October 13, 2009

Tahukah Anda??

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita...(ahahahaahahaha)

13. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya

14. Tahukah anda terdapat sejenis orang yang tidak pernah memandang kepada pangkat, kedudukan, wang ringgit, kemewahan dan lain-lain yg selalu dipandang tinggi oleh segenlintir orang....iaitu orang utan! (ahahahaha)
Blog Widget by LinkWithin