deplayer

Mama Cuba Masak

Thursday, February 19, 2009

Acar Ikan Tenggiri



Bahan
2 keping ikan tenggiri/boleh digantikan dengan ikan masin (dibelah 6)
3 biji bawang besar (dibelah 4)
4 ulas bawang putih (belah 2)
4 biji cili padi (dihirs 2)
1 inci halia (dihiris)
3 sudu besar cili kering (yang telah dikisar)
2 sudu cuka
1 sudu serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara
1. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit & garam. Goreng ikan tenggriri sehingga garing. Kenudian diasingkan.
2. Gunakan minyak tadi, tumis cili kering sehingga pecah minyak.
3. Selepas itu, masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan pula cili padi, bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau hingga naik bau.
5. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi dan cuka. Kacau sehingga sebati.
6. Angkat dan sedia dihidang.

Tuesday, February 17, 2009

Taugeh Masak Lodeh


Bahan
100gm taugeh
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4 biji cili api
300ml santan
sedikit suhun & fucuk (rendam dalam air sehingga lembut)
garam secukupnya

Cara
1. Masukkan santan, garam, bawang putih, bawang merah & cili api ke dalam periuk dan gunakan api yang perlahan. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah-pecah.
2. Setelah itu, masuk taugeh. Kacau sebentar.
3. Kemudian masukkan suhun & fucuk. Gaul selama 3 minit.
4. Angkat & hidangkan.

Monday, February 16, 2009

Pajeri Ayam



Bahan-bahan
7 Ketul ayam (diperap sebentar dengan limau)
200 gm rempah kari (digaul bersama sedikit air)

Bahan A
2 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
1 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 bunga lawang
20gm bunga cengkih

Bahan B
2 biji bawang besar (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
500gm udang kering (dikisar)
100gm kerisik
50gm gula Melaka
50ml air asam jawa
Santan (diperah daripada ½ biji kelapa)
Garam dan gula

Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga naik baunya.
2. Masuk bahan dimayang dan biarkan hingga garing.
3. Masukkan rempah kari dan biar hingga masak.
4. Kemudian, masuk pula santan, udang kering dan gula melaka, kacau sebentar dan masuk ayam. Biarkan hingga mendidih.
5. Campurkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih dan pekat.
(nota: jika kurang pekat, keluarkan ayam tadi dan masak kuah sehingga pekat. Ini bagi mengelakkan ayam tadi menjadi hancur akibat dimasak terlalu lama.)

Tuesday, February 10, 2009

Kek Batik "Special"



Bahan
2 cwn milo
1 cwn susu pekat
½ cwn air panas
1 sudu bsr buttercup
Biskut marie (patah 2)
1 cwn kacang tanah (goreng & tumbuk)
Coklat masakan (hiasan atas)

Cara
1. Campurkan susu dengan air panas, asingkan.
2. Kemudian, cairkan buttercup bersama air panas & susu tadi di dalam kuali/periuk.
3. Masukkan milo sehingga menjadi pekat.
4. Sementara itu, sapu butter pada dulang supaya kek tidak melekat.
5. Selain itu juga, cairkan coklat masakan dengan butter mengikut kaedah 'double boiler'.
6. Apabila telah pekat, masukkan pula biskut marrie. Jika hendak rangup, lebihkan biskut. Gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan pula kacang tumbuk.
7. Setelah sebati, letakkan ke dalam dulang sehingga rata.
8. Jika mahu lebih sedap, sapukan coklat masakan yang telah siap tadi pada lapisan atas sekali mengikut selera.
9. Masukkan masakan tadi ke dalam peti & disejukkan semalaman.
10. Sedia untuk dimakan beramai-ramai.

Sawi Goreng



Bahan
1/2 kg sayur sawi
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 biji bawang besar
3 biji cili api (jika suka)
bijan
sos tiram
minyak
garam

Cara
1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih, bawang besar dan cili api sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sayur sawi bersama sos tiram.
3. Kacau sebentar dan terus diangkat. Taburkan bijan.

Ayam Masak Kicap



Bahan
6 ketul ayam (gaulkan bersama garam & serbuk kunyit)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 biji bawang besar (hiris bulat)
4 biji cili padi (jika suka)
1 inci halia
kicap manis
sos tiram
bijan (hiasan)
minyak untuk menggoreng
garam

Cara
1. Gorengkan ayam dengan api yang sederhana.
2. Toskan & ketepikan dahulu.
3. Tinggalkan minyak ayam tadi sedikit, kemudian tumis bawang putih, bawang besar & cili padi sehingga naik bau.
4. Masukkan pula kicap & gaul sebentar.
5. Selepas itu, masukkan ayam tadi bersama sos tiram. Gaulkan sebentar & angkat
6. Akhir sekali hidangkan bersama taburan bijan.
Blog Widget by LinkWithin