deplayer

Mama Cuba Masak

Tuesday, February 10, 2009

Kek Batik "Special"



Bahan
2 cwn milo
1 cwn susu pekat
½ cwn air panas
1 sudu bsr buttercup
Biskut marie (patah 2)
1 cwn kacang tanah (goreng & tumbuk)
Coklat masakan (hiasan atas)

Cara
1. Campurkan susu dengan air panas, asingkan.
2. Kemudian, cairkan buttercup bersama air panas & susu tadi di dalam kuali/periuk.
3. Masukkan milo sehingga menjadi pekat.
4. Sementara itu, sapu butter pada dulang supaya kek tidak melekat.
5. Selain itu juga, cairkan coklat masakan dengan butter mengikut kaedah 'double boiler'.
6. Apabila telah pekat, masukkan pula biskut marrie. Jika hendak rangup, lebihkan biskut. Gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan pula kacang tumbuk.
7. Setelah sebati, letakkan ke dalam dulang sehingga rata.
8. Jika mahu lebih sedap, sapukan coklat masakan yang telah siap tadi pada lapisan atas sekali mengikut selera.
9. Masukkan masakan tadi ke dalam peti & disejukkan semalaman.
10. Sedia untuk dimakan beramai-ramai.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin