deplayer
Mama Cuba Masak
Thursday, February 19, 2009
Acar Ikan Tenggiri
Bahan
2 keping ikan tenggiri/boleh digantikan dengan ikan masin (dibelah 6)
3 biji bawang besar (dibelah 4)
4 ulas bawang putih (belah 2)
4 biji cili padi (dihirs 2)
1 inci halia (dihiris)
3 sudu besar cili kering (yang telah dikisar)
2 sudu cuka
1 sudu serbuk kunyit
garam secukup rasa
Cara
1. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit & garam. Goreng ikan tenggriri sehingga garing. Kenudian diasingkan.
2. Gunakan minyak tadi, tumis cili kering sehingga pecah minyak.
3. Selepas itu, masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan pula cili padi, bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau hingga naik bau.
5. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi dan cuka. Kacau sehingga sebati.
6. Angkat dan sedia dihidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment