deplayer

Mama Cuba Masak

Tuesday, February 10, 2009

Ayam Masak Kicap



Bahan
6 ketul ayam (gaulkan bersama garam & serbuk kunyit)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 biji bawang besar (hiris bulat)
4 biji cili padi (jika suka)
1 inci halia
kicap manis
sos tiram
bijan (hiasan)
minyak untuk menggoreng
garam

Cara
1. Gorengkan ayam dengan api yang sederhana.
2. Toskan & ketepikan dahulu.
3. Tinggalkan minyak ayam tadi sedikit, kemudian tumis bawang putih, bawang besar & cili padi sehingga naik bau.
4. Masukkan pula kicap & gaul sebentar.
5. Selepas itu, masukkan ayam tadi bersama sos tiram. Gaulkan sebentar & angkat
6. Akhir sekali hidangkan bersama taburan bijan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin