deplayer

Mama Cuba Masak

Sunday, August 30, 2009

Blur!!

Wah!! Hari ni nak masak pe?? Jap lagi my hubby balik, mesti tanya menu today.. Semalam dah bajet nk masak Ikan Kerapu 3 Rasa.. Tapi my mother masak daging.. So, utk elakkan membazir simpan je la utk dimasak arini.. Tapi, pe lagi nak masaknya.. Maklum la, nk wat pun kna pikir kat cni ada bahan ke x.. Nti x pasal2 beli tapi x wat.. Semalam dah mkn ayam.. Today nk try yg lain plak.. Selain ikan, pe lagi yg perlu ditambah.. Sayur of coz kena ader.. My feveret tuh.. Klu xde rasa cam x lengkap je.. Nak wat dessert, bahan plak yg problem.. Cni kena g pasar, br la fresh.. Ada sape2 leh beri pandangan?? Pe yg penting bukan yg pelik.. Nti tak bermakan..

Ayam Goreng Berempah

Ni menu berbuka semalam.. Puas pikir nak buke pe.. Nak wat pelik2 nti xde plak yg nak makan.. Yg ni sume org boleh mkn.. Xkan nk mkn sorg2.. Yg specialnya, masakan ni my hubby yg wat.. Cuba la tengok resepi nih..

Bahan2
6 ketul kepak ayam
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih

Serbuk ketumbar
Serbuk lada hitam
Serbuk paprika
Serbuk kunyit
Garam


Caranya
1. Basuh ayam bersih2 dan isikan dalam sebuah bekas/besen.
2. Campurkan semua bahan dan sapukan pada ayam sama rata.
3. Perap ayam selama 2 jam.
4. Goreng bahan perap dengan minyak yg banyak supaya ayam tenggelam sehingga garing.

5. Toskan dahulu kemudian sedia untuk dihidang.

Sayur Campur Berlada

Sebenarnya dah muak makan makanan luar ni.. Nak mkn bape org je, tp x jual utk sikit.. Paling skit pun RM2.. Sayur campur lagi la x jumpa nya.. Padahal nk makan balance.. Bila ada menu berat, mesti compare dgn sayur.. Kebetulan akak ipar turun aritu dr cameron bawak sayur banyak, so masak je la.. Wat semak peti sejuk je.. Bukan leh simpan lama pun.. Org cni suke mkn pedas.. Segala2nya ada cili.. Hmm, mari tengok my resepi..

Bahan
Sayur kubis
Lada benggala hijau
Lada benggala kuning
Lada benggala merah
1 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
4 biji cilipadi (nk pedas, tmbh la lagi)

Garam
Sos tiram

Cara2nya
1. Kisar bawang kecil bersama dengan bawang putih dan cilipadi.
2. Tumiskan bahan kisar sehingga kekuningan.
3. Masukkan sayur kubis dan kacau sebentar dan seterusnya masukkan pula semua lada benggala.
4. Akhir sekali perasakan dengan garam dan sos tiram sedikit.

5. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Saturday, August 29, 2009

Ayam Masak Merah MamaEija

Masakan ni mmg style mamaeija.. Kalau yg ni confirm la ada resepinya.. Tapi masa ni wat skit je.. Utk sorang je.. Malas nk membazir.. Basenya esok lusa mesti nk lauk lain2.. Klu blh, hr2 nk lauk pelik2.. Cuba la style mamaeija ni yer..


Persediaan bahan (ni utk 1-2 orang je)
3 ketul ayam (di potong kecil skit)
1/2 batang lobak merah (dihiris)
1/2 biji kentang (dihiris nipis)
2 biji bawang besar (yg kaler kuning tuh)
2 ulas bawang putih
3-4 biji cilipadi (yg kaler merah)
Lada kering (yg dah dikisar)
Air asam jawa
Sos Cili
Garam
Gula

Silalah
1. Gorengkan ayam dengan minyak yg banyak sehingga kekuningan. Elakkan terlalu garing, nti bila dah campur jadi sedikit keras. Toskan ayam tersebut (untuk kurangkan minyak). Asingkan dulu.
2. Kisar/tumbuk bawang putih, bawang besar dan cilipadi.
3. Masukkan sedikit minyak untuk menumis bahan kisar/tumbuk tadi. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
4. Kemudian, masukkan pula lada kering dalam 2-3 sudu besar (kalau nk lagi pedas, isi lebih). Kacau sehingga pecah minyak.
5. Masukkan pula air asam jawa dalam 3 sudu besar dan kacau sebentar dan sekata.
6. Apabila dah sekata, masuk lobak dan kentang sehingga empuk.
7. Masukkan bawang besar dan kacau sekata. (Sekiranya nak bawang besar garing, elakkan letak awal @ letak akhir sekali).
8. Perasakan dengan gula dan garam. Tuangkan sedikit sos cili dan kacau.
9. Akhir sekali, masukkan ayam yg digoreng tadi. Jika suka, letakkan sos tiram.
10. Sedia untuk dihidang. Silalah mencubanya.

Kuih Kelepong / Gula Melaka


Kuih ni mmg feveret kami sekeluarga (Seremban).. Bila time puasa mesti/wajib.. Lepas berbuka, kitorg balun mlm2.. Tak mkn rugi nti.. Kna tgu puasa thn depan plak.. Maklum la my mum ni mcm2 resepi dia ada utk bulan puasa ni.. Tak payah pergi bazar pun xpe.. Cukup kenyang da.. Complete, main menu ada, dessert ada, air ada, kuih2 lagi la ada.. Kuih raya confirm minggu depan da start ada.. Orang tua ni x kisah penat masak, yg penting anak2nya happy.. Sebelum ni pun ada kuih ni.. Tapi yg tu mak mertua yg wat.. Tak start puasa lagi tuh.. 2-2 wat sedap..

Saya ni x reti la nk wat.. Kuih2 ni kureng skit.. Org bertangan halus je yg menjadi.. Sori la, yg ni memang xde resepinya.. Tengok cara macam senang je.. Tapi tak bape minat, mkn minat.. he3..

Resipi Tauhu Sumbat bersama Kuah/Pencicah

Yang ni Ava yg minta, so sy try la tanya my mum..sila la mencubanya.. untuk berbuka puasa ke??

Bahan untuk tauhu
4 keping tauhu
1 batang lobak merah(hiris memajang)
1 batang timun (hiris memajang)

Bahan untuk kuah
6-7 lada kering sahaja (bukan yg dah hancur ok)
3 ulas bawang putih (hiris)
kicap
sos cili
sos tomato
gula
garam

Cara untuk tauhu
1. Goreng tauhu sehingga kekuningan. Kemudian angkat dan toskan.
2. Belah 2 tauhu tu (menyerong - bentuk segitiga).
3. Belah plak dalam tauhu tu, tapi jgn dlm sangat plak. Bocor plak.
4. Sumbat la timun bersama timun semuat yg boleh.

Cara untuk kuah
1. Goreng lada kering bersama dengan bawang putih hingga kecoklatan. Gunakan minyak yang sedikit.
2. Letak gula banyak skit (untuk rasa manis) dan garam sedikit. Kemudian angkat.
3. Tumbuk bahan tadi hingga hancur.
4. Letakkan bahan tumbuk tadi ke dalam mangkuk. Campurkan sedikit kicap, sos cili dan sos tomato. (sy guna sos Life).
5. Kacau sekata dan sedia untuk dicicah.

Thursday, August 27, 2009

Tupperware Biskut

Ops..br 7 hr puasa dah promote tupperware biskut. ye la, biar beli awal. boleh bajet bape bnyk kuih leh wat. wat awal2 sng skit. x la kelam kabut. boleh jgk letak kuih ke. kedap udara la katakan. semut gerenti xleh masuk. xtau la plak kalau semut 2 da pandai bukak tupperware, hik3.. macam2 saiz ada. my mum pun da start order. kitorg memang wat kuih tiap tahun. tak minat nk membeli. mahal je rasanya. raya haji pun my mum wat kuih. base x lebih dr 10 jenis. dah tua2, tak daya nk wat banyak2. asal ada, jadi la. nak wat special pun x reti sangat. nanti xde org nk makan.. simpan je la sampai raya haji.. ni dah merapek je. bulan2 puasa ni memang senang merepek. betui tak??

Tuesday, August 25, 2009

Ayam Goreng Kunyit

Lauk ni memang simple, tapi complete dengan sayur..ni pun juadah berbuka time di seremban..senang je nak watnya..cume potong ayam kecik2..cepat skit masaknya..


Bahan2
5 ketul ayam (dipotong kecik2)
5-6 biji cilipadi (kalau nk lagi pedas, letak banyak skit)
3 batang kacang panjang (dipotong panjang2)
1 biji lobak merah (dihiris-memanjang)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
2 helai daun limau purut (kalau ada)
serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara2
1. Ratakan ayam bersama kunyit & garam. Dan digoreng dengan minyak yang banyak (supaya cepat masak & sekata). Toskan dan ketepikan.
2. Tinggalkan minyak menggoreng ayam tadi sedikit dan tumis bawang merah & bawang putih sampai naik bau.
3. Masukkan pula cilipadi bersama lobak merah serta kacang panjang. Gaul sekata. Barulah dimasukkan daun limau purut (jangan lupa dikoyakkan).
4. Akhir sekali masukkan ayam yg digoreng untuk dikacau sekata. Perasakan dengan sedikit garam. Sedia untuk dihidang.

Daging Salai Masak Ciliapi

Ni masakan orang negeri sembilan la..memang sedap sangat..my mum wat masa berbuka 1st day aritu kat seremban..Tapi my mum wat x pedas la..perut dia tak thn pedas..jd rasa pedas skit & berlemak..Masa ni tengah masak, daging pun belum empuk lagi..tu yang nampak cair je..

Kalau nak try wat, ni cara2nya..

Perlu disediakan
200-300gm daging salai (hiris nipis2-ikut ira daging)
3 batang terung muda (dibelah 4-memanjang)
10 biji ciliapi/cilipadi (kalau nk pedas, letak bnyk skit)
1 inci kunyit hidup
2 helai daun limau purut
1/2 biji kelapa
garam kasar & gula secukup rasa

Caranya ialah
1. Perah kelapa 2-3 kali. Perahan pertama (pati santan) di asingkan dengan yang ke-2 & ke-3. Ketepikan dulu.
2. Tumbuk cilipadi bersama sedikit kunyit hidup (kalau takde, ganti dgn serbuk kunyit) dan garam kasar sehingga biji cilipadi hancur.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk bersama perahan santan ke-2 & ke-3 bersama daging salai.
4. Masak sehingga daging menjadi empuk. Perlu sentiasa dikacau supaya tak pecah minyak.
5. Kemudian, masukkan pula daun limau purut utk menaikkan bau harum.
6. Setelah daging empuk, baru dimasukkan pula terung muda. Kacau sebentar dalam 2-3 minit sahaja.Ini utk mengelak terung muda dari menjadi lembik.
7. Masuk pula santan pekat & kacau sehingga sebati & pekat. Perasakan dengan gula.
8. Angkat & sedia untuk dihidang.

Monday, August 24, 2009

Tauhu Sumbat bersama Pencicah

1st day berbuka da makan dengan tauhu sumbat..basenya letak taugeh dengan timun..tp tauge kurang berkhasiat, tukarkan kepada carrot..ok la tu..yang ni memang tiap puasa mesti (wajib) ada..favourite ayah nih..kalau tak buat, mesti tertanya2..tak heran la tiap tahun ada..


Kalau nak lagi sedap, makan dengan kuahnya..tauhu kan tawar..mesti ada pencicahnya..kuahnya la yang paling kitorang suke..kalau buat tauhu ni mesti licin..kalau x licin time berbuka, time sahur..nak buat pun simple je..cume kuah je yang rumit skit..nak kena goreng bawang dulu..yang paling penting nak sebatikan rasa..baru la sesuai..


Ni la kuahnya..rasa x complete la kalau tak bersos..ni sume my mum yang wat..dia memang rajin masak macam2 bila time puasa2 ni..tak sah kalau tak dipenuhkan meja tu..sampai kena tolak tepi yang lebih2 tu..hampir sume wat sendiri..baru la namanya masakan mak @ air tangan mak..

Sambal Udang n9 style

Kelmarin (22/8/09) berbuka di kampung (seremban)..parents duk sana..kebetulan puasa jatuh hr sabtu, jd berpuasa & berbuka la kami di sana..lain kali xtau bila leh balik lg..cuti x sama..1st day da merasa masakan mak..seronok x terkata..masakan mak adalah paling sedap di dunia..air tangan ibu la katakan..tak boleh lupa lah..main menu masa tu adalah Sambal Udang..Yang ni style org negori..xde bawang hiris2..sume dah blend skali je..yang ni my mum yg masakkan..style lain skit & kurang pedas..

Friday, August 21, 2009

Minggu Ni Nak Story..

Minggu ni memang pack jadual..merata pergi site..tiba2 ada sport check plak..aduh, pening kepala..bila ditanya, tak tau nk jawab..macam exam plak da..walaupun member sendiri, tp bab keje mesti diasingkan dgn peribadi..keje tetap keje..peribadi always personal..penat sangat, abis 1 site kena ronda..mujur x masuk semua rumah..kalau x, mau 3 hari 3 malam tak abis..

Tadi plak tiba2 disuruh ke Jerantut..da le pakai baju kurung..tak bajet pun nk pergi site..pe blh wat, ikut je la arahan..kena la balik dulu tukar baju sume..ingatkan nk siapkan keje kat opis dulu..banyak terbengkalai..kalau siap tadi, kurang skit keje hr isnin..I hate Monday (like Garfield)..tu yg sebenarnya..he3..

Penat hr ni x sudah, esok da nk balik my hometown..nk pack brg lagi..my hubby plak shift mlm..kena wat sorang2..termasuk jg baby..bru ni la dpt usik comp..kalau tak, 1 huruf pun susah nk tekan..ni pun x wat2 lagi..ngadap comp..dulu pack utk ber2 je..sekrg da ber3..bawak brg bukannya sikit..x sah kalau x penuh bonet keta..

Oh ye..esok semua umat Islam akan berpuasa..tapi negara arab da start pose pun ni..nk jugak wish lagi SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA & SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1430H..

Nasi Goreng plus Ayam Masak Merah + Nescafe Ais

Nampak menyelerakan tu..yg ni my order punya..td xde mood nk mkn pelik2..da lapar sgt, order mknan yg da base kat situ..nasi dia punya la banyak smpai tak larat nk abiskan..mkn yg termampu je..

style kedai ni bila order nasi bergoreng je mesti skalikan dgn sup..tp sy memang x minat sup mkn dgn nasi goreng..nti kurang umphh la..silap2 terlebih garam @ ajinomoto..tu yg org kata jgn kerap mkn kat luar..dtg mcm2 penyakit..diorg msk bukan kita tau letak bape bnyk bhn perasa..yg tau nya, mkn & bayar..betui tak??

Masa ni da lapar sangat, jd pikir air ni je yg wat cepat kenyang..bersusu la katakan..mana tak cepat kenyangnya..da le mkn ns, ditambah plak dgn air yg bersusu..tu pun tak abis jgk..tamak sgt, kan da membazir..base my hubby yg abiskan..tp dia pun da penuh perut..masing2 da xleh masuk..Errrkk, alhamdullilah..kekenyangan kitorg..maklum le, breakfast pun kul bape..awal sgt persi..mkn tgh hr lewat plak..nk wat camne, da lepas pun..janji perut da selamat..

Nasi Goreng Seafood

errr..yg ni bukan sndr masak..yg ni pun mkn kat luar..my hubby yg empunya..masa ni br balik dr site (jerantut)..org dah minum ptg time ni..ktrg br nk mkn tgh hr..tak sempat td..cian my hubby..nasib dia x kisah sgt..maklum la nk segera la katakan..perut pun da berkeroncong tuh..balun je..

memang beruntung dpt hubby yg sporting camni..x kisah mkn pape pun..sumbat je..asalkan perut berisi..yg penting my hubby mkn x memilih..senang nk masak..he3..

Nasi Goreng Sotong

Hmm.. yg ni saya yg order.. nak cuba yg lain plak.. tak pernah rasa lg sblm ni.. ni yg nk try.. sdap pun sdap.. memang sesuai la kedai ni dgn selera kitorg.. pe lagi time 2 eat la.. Bismillahirrahmanirrahim.. jangan mare..

Nasi Goreng & Ayam Goreng Kunyit

Nampak mcm sedap je.. tapi sayang tak tau camne nk masak.. yg ni my hubby yg order.. pe lagi, mkn kat luar la.. masakan dia boleh thn la.. cuma banyak serbuk sulah letak atas nasi and letak kacang peas.. dulu tak letak pun, tp aritu dia letak plak.. ramai sgt agaknya, tak menang tangan.. Jarang sgt jumpa org masak (kat kedai la) masak kunyit camni.. macam salai pun ada.. rasa pun memang sdp.. Kebanyakan skrg org bukak kedai makan, masakan 1-2 je sedap.. yg lain sume campur bahan perasa je lebih.. conform tak pegi dah.. 1st and last la..

Kuih Kelepong

Ni la dia kuih kelepong.. Kat tempat lain tak tau la panggil pe.. Tapi base orang wat kaler hijau.. Pewarna takde, putih je la.. Yg ni mmg salah 1 makanan favourite.. 1 family suke sgt.. Watnya minggu lps, time abg ipar blk.. disebabkan pose nk dkt, mak mertua & akk ipar wat la kuih ni.. da kebetulan ramai, sedang elok la mkn ni.. Memang licin la, perghh sedap.. Rupa tak cntik xpe, yg penting rasa sedap.. Time puasa nti mesti ada.. Tak tinggal punya..

Thursday, August 20, 2009

Resipi Sup Ayam Halia

Resipi ni utk kak nor yg dah lama mintak. Kalau ada pape silap tu minta maaf la. Maklum la salin dari mak mertua. Lain org lain caranya..

Bahan2
6-7 ketul ayam (kalau boleh yg ada tulang-rasa manis)
1 1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 1/2 inci halia (dihiris)
2 biji kentang
air
bunga lawang
bunga cengkih
garam kasar (secukup rasa)

Cara2nya
1. Tumbuk bawang besar dan bawang putih.
2. Kemudian tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan (kalau nk sedap, kasi garing2).
3. Masukkan pula bunga lawang, bunga cengkih dan halia (untuk harum). Kacau sebentar.
4. Masukkan air dan garam kasar, tunggu hingga mendidih baru masukkan kentang dan ayam (supaya kentang cepat empuk).
5. Tunggu sehingga ayam masak dan kentang empuk.
6. Siap untuk dihidang.

p/s: bunga lawang & bunga cengkih boleh digantikan dengan sup bunjut. masa tu xde sup bunjut, guna je apa yg ada.

Wednesday, August 19, 2009

Krisis Gula

Aduih.. Lecehnya la skrg nk cr gula.. Mana2 pergi pun sush nk dapat.. Nape la diorg ni rajin sorok gula.. Tahun lepas pun same.. Bila sampai time nk puasa je, gula xde.. Nk sorok sampai bile?? Nak tunggu gula2 tu bersemut ke?? Leceh btl nk carinya.. 3-4 kali pergi kedai, mesti xde.. bulan2 puasa ni lg la ramai org nk pakai gula.. Nape tiba2 je xde?? Yg peliknya, time nk dekat puasa.. Nak naik harga ke?? Xkan xde langsung? Ke da anta ke negara jiran?? Cmne nk masak ni?? Makan tawar je la.. Xkan hr2 nk mkn kat luar plak.. Botak kepala.. Bila agaknya krisis ni nk sudah?? Sampai raya ke?? Mesti pas raya ok balik.. Pandai btl diorg ni bersandiwara, konon x cukup stok.. Padahal disoroknya.. Camne lg nk wat?? Kalau dah hr2 xde gula.. Susahnya nk dpt.. Jangankan 2kg.. 1kg pun susah nk dpt.. Pe macam mau wat??

Tuesday, August 18, 2009

Terung Masak Kicap

Resipi ni dari my sister in law.. Time 2 mmg pelik terung boleh plak masak kicap.. Mmg x minat mkn terung.. Kalau wat kari ke, mmg tolak tepi sayur tuh.. Pastu try la goreng, nmpk cam menarik je.. cam fries plak.. try la rasa, mmg sdp giler.. Lebih2 lg mmg 4rite kicap2 nih.. pe lagi, ni dia resipinya.. Siap ada pic step by step lagi..

Bahan Wajib

2 btg terung
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris-bagus utk imun bdn)

3 biji cili padi merah (nak kasi kaler & rasa pedas je)
garam
kicap

minyak utk menggoreng

Langkah2nya


1. Goreng terung sehingga kecoklatan.. Like this..

2. Dan toskan, letak dalam pinggan/mangkuk.

3. Tinggalkan minyak sedikit utk menumis.


4. Tumis bawang merah dahulu sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bawang putih, kacau sehingga naik bau. Lepas 2, baru dimasukkan cili padi.

5. Setelah sebati, masukkan sedikit garam dan kicap.. Masak 2-3 minit. Tutup api.

6. Akhir sekali letakkan masakan tadi ke dalam pinggan/mangkuk yang berisi terung goreng tadi.
7. Sedia utk dihidang.

p/s: resipi ni utk 2 org je. maklum la kami ni ber2 je yg mkn..

Monday, August 17, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Free Orkut and MySpace ramadan mubarak Graphics Glitters

erm.. tak sampai seminggu lg semua umat Islam akan menyambut ramadhan al-mubarak.. dijangka mula 21 Ogos 09 ni.. tak sabar rasanya.. memang seronok kalau puasa ramai2 (ganti puasa tu lain la citenya yer).. yang syoknya kali ni puasa time dah keje.. kalau dulu keje dgn non muslim, mmg x syok.. bila berbuka pun sorg2 je.. kali ni semua muslim.. yg paling syoknya, xde bau asap rokok.. puasa la katakan.. dpt la jgk bernafas.. diorg ni x pnh pikir org lain..
Free Orkut and MySpace ramadan mubarak Graphics Glitters

Cume yg tak laratnya, puasa2 nk kena pergi site.. balik dah tentu nk jaga anak.. bg susu lg la cpt penatnya.. semua khasiat bg kat baby.. harap2 bulan2 puasa ni boleh la balik awal skit.. nk wat persiapan berbuka la katakan.. pukul 6 bazar dah tentunya penuh orang.. seronoknya dpt berbuka ramai2.. mcm2 menu ada.. tp bila time berbuka, bukan sume boleh sumbat.. biasa berbuka nasi, kuih & air dah kenyang.. nk wat camne, bdn kecik.. tak dpt nk sumbat banyak2.. time berbuka nti, leh letak mcm2 masakan org temerloh dlm blog ni..
Free Orkut and MySpace ramadan mubarak Graphics Glitters
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
pada pembaca blog mama eija ni.. terima kasih..

Saturday, August 15, 2009

Soto Ayam

Hari ni breakfast soto, tiba2 je teringin nk mkn.. da lama sgt rasanya x mkn soto.. balik2 ns lemak.. jemu la jgk.. nk jugk mkn yg berbeza.. err..yg ni pun beli kat kedai je.. kedai yg sme.. nk wat camne, kt ctu je yg sdp.. Macam2 ada la katakan.. Pulut pun ada.. Tp sume masakan org mentakab je.. org cni mkn pedas2 je.. manis2 x lyn..

Mi Kari

Sebenarnya ni breakfast mkn semalam.. disebabkan bz jg baby, br skrg dpt postkan.. lgpun x teringat plak.. Mi kari ni beli je kat kedai.. Mmg kedai favourite tuh.. Sume makanan dia sdp2.. Da berpuluh tahun kedai tu beroperasi.. sejak duduk cni, x selesa nk mkn kedai lain.. nk jgk kdai sama.. time pragnant pun ske sgt mkn kt ctu.. Klu lmbt pegi, mmg x dpt la nk merasa.. Minum air je la.. Walaupun makanan dia byk jenis, tp still cpt abis.. lebih2 lg ns lemak dgn roti canai.. lg cpt abisnya.. pdhl byk lg kedai lain.. masing2 suke beli kat kedai tuh..

Jadinya, xde la resepinya.. just kongsi pic jer.. Bukan pe, mi kari ni la paling sedap penah makan.. Banyak isi dan murah plak tu.. Kenyang jgk la mknnya..

Lega

Lega rasany dpt story kt cni, sekurgny x wat keje bodoh.. lebih baik dilepaskn dpd disimpan, pastu meletup.. ntah pe jd nti, wallahualam.. tp yg pasti, marah tetap marah.. yg pnting puas ht..

Bengang Siut!!

Kali ni xde pe yg syok utk di post kan.. pe yg nk di story kn adalah perasaan yg skt ht yg amat sgt.. hr ni mmg da rasa cam nk terbakar ht sebenarnya.. da 2 thn berthn, tp npknya x leh handle lg.. sape dia, rasanya xyah dicritakan.. da x pandai nk jg air muka org da.. nk menang pny pasal, sgp jthkan air muka walaupun adik beradik sndr!! pe pny manusia la skrg nih!! da xde perasaan lgsg ke?? Seronok sgt ke jthkan air muka org? Klu boleh sume yg ada dia nk kondemkan.. Klu bijak pandai sgt, g jadi PM la!! Org camni da xleh simpn lg.. da beratus org agaknya dia jthkan.. tak peduli org sekeliling.. nk story kt hubby, rasanya x pyh la.. mesti x nk dgr pny!! nape la nasib malang jumpe org bijak pandai, tp ht busuk!! Klu nk menang skli pun, xkan sampai sgp jthkan air muka org?? Mcm slh dia bsr sgt.. Mmg slalu perasan, mesti nk kondemkan org! Adik sndr pn jd la! Asalkan juara segala juara.. tu la, da pandai ni xnk mengalah dgn sape2 pun.. ikut ht mmg xnk ngaku sedara pun.. bkn drh daging pun.. klu da menang, ssh sgt nk kalah!! salah ke mangalah skali sekala?? pe yg dia dpt kondemkan org.. dia da bgs sgt ke?? xnk keje gov tu, gj kecik la.. ingt stabil sgt keje swasta tu.. dulu bl minta tlg bertahun2 tunggu x dpt pape pn.. tp bl time kita, pandai plak minta tlg.. da xnk jg air muka dia lg.. air muka aku ni pun dia sgp jatuhkan dpn org ramai.. patut ker?? sape nk adili?? rasa macam di anak tirikan.. sedara zmn skrg mmg xleh pakai.. ikatan2 ni xde maknanya.. da xde tmpt nk dilepaskan, cuma kt cni je yg dpt.. nk jd ingatan x jgk, cume nk dijadikan tmpt lps mrh yg amat sgt.. xkn nk g tumbuk dia kot.. lg x ngaku sedara plak.. x psl2 msk jel.. baik msk blog..

Wednesday, August 12, 2009

Giant Kaktus

Tu dia, kaktus 10 tahun punya.. amacam, besar x?? kat pahang ni, bukan cameron.. tp cameron mari la.. senang je jg kaktus ni.. tak payah nk siram2 slalu.. biar dia membesar sndiri.. kaktus ni depan umah je.. my mother in law yg empunya.. rajin berbakti pada tanah.. tu pun da macam2 kat laman.. segala jenis pokok cuba tanam.. serai pun sekian banyaknya.. itu le untungnya berbakti pada tanah.. ada usaha, ada la hasilnya..

Buah Duku

Sekrg ada mcm2 buah.. Musim buah la katakan (yeke??).. Da lama plak rasanya tak makan buah duku ni.. Memang sedap la.. Manis2 plak lg.. Pe lagi beli terus RM10. Semua org suke plak tu mkn.. Tak rugi beli.. Buah ni lebih kurg je rupa dgn langsat, cuma yg bezanya saiz & rasa.. Langsat kecik skit dpd duku, rasa plak masam skit..

Monday, August 10, 2009

Hot Chocolate Segera


Hari ni tiba2 hujan plak.. Walaupun dah mkn ptg td, tp still lapar lg. Utk mengalas perut, minum la hot chocolate. Air pun panas, sure sesuai dgn cuaca mlm ni.. Perut pun bertambah selesa. Tapi air nih yg segera punya. Nak cepat la katakan.. Beli je kat kedai mana2, tp paling sedap tu tak pasti la brand pe.. Slurpp.. Memang terangkat lah.


Ops! yang ni bukan bekas air biasa. Sy gunakan TUPPERWARE yg sy beli hr tu. Rugi la kalau tak digunakan. Time2 camni la patut digunakan. Blh tutup bila tak minum lg. Simpan dalam peti, dah jd 'ice chocolate'. Background tak bape lawa la. Pakai camera pun yg base2 je. Asal boleh jer..
Blog Widget by LinkWithin