deplayer

Mama Cuba Masak

Tuesday, August 25, 2009

Daging Salai Masak Ciliapi

Ni masakan orang negeri sembilan la..memang sedap sangat..my mum wat masa berbuka 1st day aritu kat seremban..Tapi my mum wat x pedas la..perut dia tak thn pedas..jd rasa pedas skit & berlemak..Masa ni tengah masak, daging pun belum empuk lagi..tu yang nampak cair je..

Kalau nak try wat, ni cara2nya..

Perlu disediakan
200-300gm daging salai (hiris nipis2-ikut ira daging)
3 batang terung muda (dibelah 4-memanjang)
10 biji ciliapi/cilipadi (kalau nk pedas, letak bnyk skit)
1 inci kunyit hidup
2 helai daun limau purut
1/2 biji kelapa
garam kasar & gula secukup rasa

Caranya ialah
1. Perah kelapa 2-3 kali. Perahan pertama (pati santan) di asingkan dengan yang ke-2 & ke-3. Ketepikan dulu.
2. Tumbuk cilipadi bersama sedikit kunyit hidup (kalau takde, ganti dgn serbuk kunyit) dan garam kasar sehingga biji cilipadi hancur.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk bersama perahan santan ke-2 & ke-3 bersama daging salai.
4. Masak sehingga daging menjadi empuk. Perlu sentiasa dikacau supaya tak pecah minyak.
5. Kemudian, masukkan pula daun limau purut utk menaikkan bau harum.
6. Setelah daging empuk, baru dimasukkan pula terung muda. Kacau sebentar dalam 2-3 minit sahaja.Ini utk mengelak terung muda dari menjadi lembik.
7. Masuk pula santan pekat & kacau sehingga sebati & pekat. Perasakan dengan gula.
8. Angkat & sedia untuk dihidang.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin