deplayer

Mama Cuba Masak

Saturday, August 8, 2009

Facebook, Twitter cuba atasi serangan

Perkhidmatan TWITTER dan FACEBOOK yg amat popular di kalangan pelayar internet terganggu kelmarin (6 Ogos 09) berikutan serangan penggodam, mencetuskan spekulasi bhw kedua2 lmn web rantaian sosial berkenaan menjadi sasaran serangan terancang.

Insiden berkenaan yg menjejas berjuta pelayar yg bergantung kpd perkhidmatan rantaian sosial itu, menunjukkan betapa mudah perkhidmatan yg terbukti boleh digunakan sbg alat utk mengatasi usaha penapisan oleh kerajaan kuku besi, digugat.
Twitter yg membolehkan penggunanya menyiarkan mesej teks sepanjang 140 perkataan menerusi internet sebelum ini menjadi alat komunikasi penting penunjuk perasaan di Iran yg membantah kemenangan Presiden Mahmoud Ahmadinejad yg dipertikaikan.Dalam 1 blog, pengasas bersama Twitter, Biz Stone berkata syarikat ini memilih utk tidak mahu membuat spekulasi berhubung tujuan serangan berkenaan yg menyebabkan perkhidmatannya tidak dapat digunakan utk beberapa jam kelmarin.
"Twitter bekerjasama erat dgn syarikat lain yg terjejas utk mematahkan serangan yg kelihatan terancang ini," kata Stone.
Ahli FACEBOOK - rantaian sosial internet terbesar dgn 250 juta pengguna aktif - menghadapi kelewatan apabila cuba memuatkan profil mereka secara online.


Sumber, Reuters

No comments:

Blog Widget by LinkWithin