Selalunya bila kita beli bawang2 yang macam2 jenis nak letak mana yer?? Kalau kat rumah mesti bercampur aduk. Bawang kecik yang paling banyak nak pakai. Bila dah bercampur tu kadang2 cepat rosak. 1 hal plak nak pegi kedai beli. Lepas tu campur balik. Tak ke membazir je.
Garlic-N-All Keeper ni penyelesaian bagi saya. Kemas dan effective. Jimat masa, jimat ruang. Tak la cepat rosak. Kan senang bila dah diasingkan. Selesa mata nak tengok pe. Serangga pun tak boleh masuk punya la. Lebih2 lagi tikus.. Perosak segala2 tu. Lipas lagi. Perghh.. banyak betul serangga perosak rumah tangga nih. Garlic-N-All Keeper ni boleh tutup kemas, siap ada lubang supaya udara boleh masuk. Tak la berair makanan dalam tu..
Menjimatkan ruang betul. Senang nak ambik. Susun tinggi2 pun tak pe. Tahan lasak. Ops, lepas guna jangan lupa tutup balik. Canggih camner pun kalau tak tutup, serupa tak de fungsinya. Dah lipas, cicak, tikus senang2 je masuk.. SELAMAT MENJAMU MATA.
No comments:
Post a Comment