deplayer

Mama Cuba Masak

Saturday, August 29, 2009

Ayam Masak Merah MamaEija

Masakan ni mmg style mamaeija.. Kalau yg ni confirm la ada resepinya.. Tapi masa ni wat skit je.. Utk sorang je.. Malas nk membazir.. Basenya esok lusa mesti nk lauk lain2.. Klu blh, hr2 nk lauk pelik2.. Cuba la style mamaeija ni yer..


Persediaan bahan (ni utk 1-2 orang je)
3 ketul ayam (di potong kecil skit)
1/2 batang lobak merah (dihiris)
1/2 biji kentang (dihiris nipis)
2 biji bawang besar (yg kaler kuning tuh)
2 ulas bawang putih
3-4 biji cilipadi (yg kaler merah)
Lada kering (yg dah dikisar)
Air asam jawa
Sos Cili
Garam
Gula

Silalah
1. Gorengkan ayam dengan minyak yg banyak sehingga kekuningan. Elakkan terlalu garing, nti bila dah campur jadi sedikit keras. Toskan ayam tersebut (untuk kurangkan minyak). Asingkan dulu.
2. Kisar/tumbuk bawang putih, bawang besar dan cilipadi.
3. Masukkan sedikit minyak untuk menumis bahan kisar/tumbuk tadi. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
4. Kemudian, masukkan pula lada kering dalam 2-3 sudu besar (kalau nk lagi pedas, isi lebih). Kacau sehingga pecah minyak.
5. Masukkan pula air asam jawa dalam 3 sudu besar dan kacau sebentar dan sekata.
6. Apabila dah sekata, masuk lobak dan kentang sehingga empuk.
7. Masukkan bawang besar dan kacau sekata. (Sekiranya nak bawang besar garing, elakkan letak awal @ letak akhir sekali).
8. Perasakan dengan gula dan garam. Tuangkan sedikit sos cili dan kacau.
9. Akhir sekali, masukkan ayam yg digoreng tadi. Jika suka, letakkan sos tiram.
10. Sedia untuk dihidang. Silalah mencubanya.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin